Monday, November 3, 2008

Harta Pompuan Gewdix 3.5 juta


4 nov 2008-08:55 am

story nie aku bace dari gua.com.my..aku memang anti giler kat minah nie..so..aku kuarkan la story sal pompuan gewdix nie..so..kowang bace n nilai la sendiri k..

"Baru-baru ini Cik Andalusia menghadiri satu majlis pelancaran minyak wangi terbaru di salah sebuah kelab di The Curve, Damansara. Dalam majlis itu Cik Andalusia terserempak dengan ramai sahabat lama yang sudah lama tidak bertemu. Apabila sudah bertemu banyaklah perkara yang hendak dibualkan.

Dalam banyak-banyak perkara yang dibualkan itu, ada satu gosip yang ingin Cik Andalusia kongsikan bersama anda semua. Kononnya ada seorang pelakon popular wanita ini sibuk memberitahu orang lain yang dia langsung tidak risau dengan tindakan pihak media yang memboikot dirinya. Ini kerana menurut pelakon itu, dia sekarang sudah mempunyai simpanan sebanyak RM3.5 juta dan boleh berhenti berlakon pada bila-bila masa! Amboi! Riaknya pelakon wanita ini. Kalau ya pun, tidak perlulah hebohkan pada semua orang.

Tetapi Cik Andalusia pelik juga, kalau dia mempunyai simpanan sebanyak itu, mengapa gaji pembantu peribadinya tidak berbayar berbulan-bulan? Kalau berbayar pun, dengar kata, cuma beberapa ratus sahaja. Tidak setimpal dengan tugasan yang perlu dipikul oleh pembantu peribadi tersebut.

Lagi satu yang pelik, menurut beberapa rakan media yang lain, pelakon wanita ini juga tengah sibuk menghubungi beberapa wartawan kerana ingin tahu sama ada tempoh dia diboikot sudah berakhir atau belum? Hai! kalau betul tidak kisah, mengapa harus ambil tahu? Nampak sangat awak itu cakap tidak serupa bikin! "

No comments: